• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

SUKMA Peluang Lakar Sejarah - Datuk Tengku Hassan

Datuk Tengku Hassan (kiri) memberi kata-kata semangat kepada para pemain.
Oleh: M. Shukri

PERAK - Pasukan Badminton Terengganu harus menjadikan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 sebagai medan lakaran sejarah dan mengharumkan nama negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, beliau mengharapkan agar setiap pemain tidak berasa gentar kepada pihak lawan.

"Kita harus cuba mencipta sejarah yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan para pemain dan pengurus Pasukan Badminton Terengganu, kelmarin (9 September).

Seramai 10 orang pemain termasuk 8 lelaki dan 2 wanita menjadi sandaran Persatuan Badminton Terengganu (PBT) untuk meraih pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.

Katanya lagi, biarpun tanpa pemain berpengalaman untuk mencabar pasukan lawan yang mempunyai kelebihan, kejayaan tetap mampu diraih dengan kesungguhan.

Datuk Tengku Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang menyarankan agar para pemain  tidak mudah berputus asa atau kecewa.


"Perlu ada semangat juang yang tinggi untuk mencabar lawan," tambahnya.


Tag: