• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Surau Haji Jusoh Kg Batu Tiong Bakal Dirobohkan




Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 10 Mac - Surau Haji Jusoh Kampung Batu Tiong, di sini bakal dirobohkan berikutan berada di kawasan rezab jalan, selain memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf jalan.

Pengerusi surau itu, Mohd Ali  Muda  berkata, sebagai ganti, surau baharu bakal ditempatkan ke lokasi lebih selamat  iaitu kira-kira 200 meter dari tapak surau lama.


“Kerja-kerja meroboh akan dijalankan dalam tempoh terdekat, memandang kan kerja-kerja menaiktaraf   jalan dua lorong Tanjung Jara menghala ke Batu Tiong sedang giat dijalankan,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kg Batu Tiong 
memberitahu demikian ketika dihubungi wakil UPDI selepas Majlis Solat Hajat di tapak baharu surau, kelmarin.

Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan mengambil keputusan untuk berpindah ke tapak baharu, walaupun belum menerima sebarang notis daripada Pihak Berkuasa Tempatan  supaya berbuat demikian.

“Surau baharu dua tingkat dengan  anggaran peruntukan kira-kira RM300,000 bakal dibina pada bila-bila masa sekiranya sumber kewangan mencukupi,.
“Dalam cadangan, kita akan bina surau itu secara berperingkat-peringkat, di mana akan menyiapkan  aras bawah terlebih dahulu  untuk kegunaan jemaah menjalankan pelbagai aktiviti ilmu dan keagamaan “ katanya.

Bagi melancarkan pembinaan Surau Haji Jusoh Kampung Batu Tiong orang ramai dipelawa menghulurkan sumbangan kewangan atau peralatan menerusi akaun Maybank yang bernombor 563091016536 atau berhubung terus dengan jawatankuasa surau.


Tag: