• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

SUTERA Terengganu : Atlet Masuk Gelanggang Bermula Hari Ini



KUALA TERENGGANU, 5 September – Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 membuka tirainya, bermula pagi ini.

Seramai 1,545 atlet dari lapan daerah bakal berentap bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini. 

Turut serta, kontinjen dari Negeri Kelantan yang hadir sebagai pasukan jemputan dalam edisi ini.

Penganjuran sukan yang julung kali diadakan itu bakal berlangsung di lokasi pertandingan utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak dan lokasi-lokasi sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu selama empat hari sehingga 9 September.

Sebanyak 13 sukan dipertandingkan dengan tujuh  daripadanya adalah acara wajib dan enam lagi merupakan acara pilihan daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Antara sukan yang memulakan aksi bermula 8.30 pagi ini ialah:

Berbasikal (ujian masa perseorangan) – Lebuh raya Pulau Sekati ke Gemuruh.
Bola Sepak – Padang Bola, KSNT.
Bola Tampar – Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Boling Padang – Arena Lawn Bowls, KSNT.
Petanque- Gelanggang Petanque, Majlis Sukan Negeri (MSNT).
Sepak Takraw – MSNT.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan, kejohanan itu melibatkan atlet pelapis (had umur) dan juga atlet elit (terbuka) di Terengganu.

“Kita menyediakan kos RM1 juta bagi penganjuran kali pertama ini.

“Juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000.Bagi Olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang .“ katanya dalam temu bual bersama Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.


Tag: