• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Terengganu Raih Dua Emas Kejohanan Angkat Berat Pra Sukan SEA

 Abd Mubin Rahim memperoleh emas dalam kategori 77 kg

Pasukan angkat berat Terengganu berjaya menggondol dua pingat emas dan satu perak menerusi tiga kategori dalam Kejohanan Angkat Berat Pra Sukan SEA 2017 anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) di Putrajaya, Kuala Lumpur, semalam.

Kejohanan selama tiga hari dan berakhir esok itu, PABM bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menghantar  tiga atlet iaitu, Abd Mubin Rahim mewakili kategori 77 kg, Muhammad Darul Najmi Dollah (kategori 69 kg) dan Muhammad Saiful Irfan Ab Rahim pula bagi kategori 62 kg.

Muhammad Darul Najmi 

Presiden PABM Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Terengganu berjaya memperolehi dua emas menerusi Abd Mubin dengan angkatan keseluruhan 310 kg `snatch dan clean & jerk' dan Muhammad Darul Najmi (angkatan seberat  261 kg) serta pingat perak menerusi Muhammad Saiful Irfan berjumlah 236 kg. 

Katanya, sebanyak 13 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan anjuran PABM sebagai platform untuk menilai dan mengenal pasti atlet yang boleh diketengahkan ke program Sukan Komanwel 2018 nanti. 

Muhammad Saiful Irfan 

“Kejayaan yang diraih Abd Mubin melayakkan beliau menyertai pra kelayakan terakhir Sukan Komanwel yang akan diadakan di Gold Coast, Australia pada 5 hingga 9 September.

“Langkah itu juga sebagai syarat untuk melayakkan Abd Mubim untuk menyertai kejohanan sebenar pada tahun depan,” katanya.

Segala perbelanjaan bagi penyertaan tersebut akan ditanggung  PABM dan MSNT sebagai usaha transformasi kecemerlangan sukan angkat berat untuk Terengganu.   



Tag: