• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

'The Fits Virtual Run' Tawar Hadiah Menarik Untuk Peserta

KUALA TERENGGANU, 24 Mac - Kerajaan Terengganu menyeru belia dan beliawanis di negeri ini menyertai 'The Fits Virtual Run' yang akan bermula pada 1 April sehingga 31 Mei di mana pendaftarannya kini telah mula dibuka.

Program yang julung-julung kali dianjurkan Urus Setia Belia, Sukan dan NGO negeri dengan kerjasama Terengganu Runner Club (TRC) itu mempertandingkan dua kategori iaitu larian sejauh 21 kilometer (KM) yang menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak RM500 dan larian 12 KM dengan hadiah wang tunai sehingga RM300.

Selain itu, 500 peserta yang menamatkan larian akan mendapat sijil penyertaan dan juga medal.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia ,Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pendaftaran bagi program itu telah dibuka, justeru rakyat  negeri ini diharap tidak melepaskan peluang menyertainya.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak UBSNT kerana yang telah melaksanakan program ini,n ia sangat bersesuaian dengan keadaan semasa, .

"Dalam keadaan kita masih berada di dalam fasa-fasa pemulihan untuk memastikan negara dan negeri kita ini bebas daripada pandemik tersebut, fokus terhadap kesihatan tubuh badan masih perlu diteruskan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas," ujarnya ketika melancarkan program itu melalui siaran langsung di Facebook rasmi UBSNT, semalam.

Untuk keterangan lanjut, rakyat Terengganu boleh mendapatkan maklumat menerusi Facebook rasmi UBSNT.

 

 

 

 


Tag: