• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Tiga PPS Dibuka Di Dungun

DUNGUN, 4 Januari - Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun bagi menempatkan 195 mangsa banjir daripada 60 keluarga.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Dungun, Kapten Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, PPS yang dibuka ialah PPS Dewan Orang Ramai Kampung Minda, PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. 

Kapten Ahmad Kamal Hakim Ngah 

Beliau yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun memberitahu demikian ketika dihubungi di sini pagi ini.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar orang ramai menjaga dan mengawasi anak-anak supaya tidak bermain banjir.

"Pengawasan daripada orang dewasa sangat penting kerana jika lalai boleh mengundang maut.

"Dalam keadaan kita masih lagi berdepan pandemik COVID-19 serta fasa banjir yang belum berakhir, orang ramai perlu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga jarak serta kebersihan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19," ujarnya. 


Tag: