• 14 Apr 2021 | 2 Ramadhan 1442

Tuisyen Rakyat Beri Nilai Tambah Persediaan SPM

SETIU, 11 Januari - Program Tuisyen Rakyat yang diadakan melalui inisiatif kerajaan Terengganu menjadi satu nilai tambah kepada persediaan pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Februari nanti.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, langkah itu merupakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan kecemerlangan pelajar SPM di negeri ini terus dikekalkan

"Setelah segala usaha kita lakukan, kita serahkan kepada Allah SWT dengan segala kebergantungan kepadaNya, insya-Allah mudah-mudahan segala usaha kita semua diredhai olehNya."

Beliau berkata demikian ketika ucapan penutup pada program motivasi pelajar SPM DUN Permaisuri di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Kampung Guntung Luar baru-baru ini.

Program Tuisyen Rakyat yang diadakan selama tiga hari itu sebagai lonjatan dan pecutan akhir kepada pelajar tingkatan lima menghadapi peperiksaan SPM.