• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

UC TATI Jalin Kerjasama Dengan Ar Rayyan Optometrist Sdn. Bhd

KUALA TERENGGANU, 26 Februari- Kolej Universiti TATI (UC TATI) memeterai  Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Ar Rayyan Optometrist Sdn. Bhd. bagi mewujudkan pentas kolaborasi kebajikan untuk meringankan beban pelajar dan kakitangan institusi berkenaaan.

Rektor UC TATI, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, menerusi kerjasama yang ditandatangani dalam satu majlis di Bangunan Canselori, UC TATI di Kemaman, Ar Rayyan Optometrist Sdn. Bhd. bakal berperanan menjadi pembekal cermin mata kepada para pelajar dan kakitangan UC TATI.

Katanya, sumbangan menerusi kad baucer eksklusif itu bernilai RM524,000.

"Melalui kad tersebut, pemegang kad baucer eksklusif berhak menerima diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian bingkai dan cermin di semua cawangan Ar Rayyan Optometrist. 

"Bagi pelajar golongan B40 pula, Ar Rayyan Optometrist akan memberi sumbangan cermin mata secara percuma," ujarnya.

Katanya, penularan COVID-19 memberikan impak negatif kepada kehidupan dan keperluan semua lapisan masyarakat. 

"Diharapkan sumbangan ini dapat membantu pelajar meneruskan pembelajaran dengan jelas dan yakin, demi mengejar cita-cita dan seterusnya mengubah nasib keluarga," tambah beliau.

Dalam pada itu Anuar berkata, dengan penarafan 5 bintang yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, UC TATI juga ingin meningkatkan kerjasama dari segi akademik, industri dan juga kebajikan.