• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Ukom Juara Futsal Lima Penjuru

Barisan pemain yang mewakili Ukom pada perlawanan Persahabatan Lima Penjuru.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul johan dalam Perlawanan Futsal Lima Penjuru di Gelanggang Futsal DS Sport, Kuala Terengganu, malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Ukom yang berkongsi mata dengan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu hanya dipisahkan dengan kelebihan dua  jaringan berbanding persatuan itu.

Kapten pasukan tersebut, Rosli Ariffin berkata, kemenangan tersebut adalah hasil daripada kerjasama setiap ahli yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa memastikan lawan tidak menguasai permainan.

"Selain itu, ahli pasukan juga sering memberi komitmen dan fokus dalam setiap perlawanan sebelum ini," katanya.


Perlawanan itu disertai oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Jerangau, Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, dan  Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Marang.

Dalam lapan perlawanan tersebut, Ukom dan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu mendahului liga dengan 12 mata diikuti Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu (enam), Mardi Jeranganu (tiga) dan JKR Marang gagal meraih sebarang mata.

Tag: