• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

UniSZA Jalin Kerjasama Antara Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland

Ahmad Zubaidi ketika memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai kerjasama strategik dengan Anthlone Institute of Technology (AIT), Ireland bagi mengembangkan aktiviti pendidikan antara kedua-dua negara.

Naib Canselor UniSZA, Prof  Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latiff berkata, antara bidang kerjasama yang akan diberikan tumpuan adalah pertukaran pelajar antara dua universiti serta pertukaran tenaga pengajar dan juga penyelidik.

“Selain itu, kerjasama ini juga meliputi pertukaran maklumat dalam bidang akademik dan penerbitan, serta berkerjasama dalam persidangan antarabangsa”, katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan AIT, di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya lagi, kerjasama dalam projek penyelidikan turut dijalankan untuk menyuntik lebih banyak elemen inovasi dan teknologi dalam menghasilkan produk lebih berkualiti antara kedua-dua buah negara.


UniSZA diwakili oleh Naib Canselornya dan disaksikan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa, Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee manakala AIT pula diwakili Presiden, Prof. Ciaran O Cathain. 

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA, Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussein.

Pada majlis yang sama turut diadakan MoU antara UniMAP Holdings dan AIT. 

Tag: