lightning-solid
Berita :
Veledrom Dato’ Azizulhasni Lonjak Dungun Sebagai Hab Baharu Sukan Berbasikal
Veledrom Dato’ Azizulhasni Lonjak Dungun Sebagai Hab Baharu Sukan Berbasikal
Wan Al Affan Bassam Wan Manam
1 hari yang lepas
102

DUNGUN, 8 Disember —  Penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Trek KTRC 2025 (Youth) mampu melonjakkan Velodrome Dato’ Azizulhasni sebagai hab baharu sukan berbasikal di Terengganu.

Penganjuran julung kali oleh Persatuan Lumba Basikal Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu itu melibatkan penyertaan 67 atlet termasuk enam atlet individu dari Kelantan dan Pahang.

Program yang disertai oleh atlet pelapis dan atlet pembangunan trek lelaki serta wanita berumur 13 hingga 16 tahun ini bertujuan menjadi platform perintis bagi melahirkan pelumba pelapis berkualiti sekali gus menyediakan barisan atlet Sukma 2028 dan 2030. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, daerah Dungun bukanlah nama asing dalam arena sukan berbasikal.

“Dengan adanya velodrome ini, saya yakin lebih ramai atlet berbasikal akan lahir dari Dungun,” katanya.

Beliau menambah bahawa Velodrome Dato’ Azizulhasni yang dahulunya hanya berfungsi sebagai pusat latihan kini telah bertransformasi menjadi lokasi kejohanan berprestij, sekaligus membuka ruang lebih luas untuk pembangunan atlet bertaraf tinggi di negeri Terengganu.

Selain itu, kejohanan berkenaan turut menjadi medan ujian penting bagi memastikan velodrome berkenaan benar-benar bersedia untuk kejohanan besar pada masa akan datang.

f68008d1-6d15-4449-853b-3c88f1c1e28e.jpg 119.09 KB
Kejohanan Lumba Basikal Trek KTRC 2025 (Youth) menjadi petanda positif kepada masa depan sukan berbasikal negeri, khususnya dalam melahirkan lebih ramai bakat muda berkualiti dan bertaraf profesional.


Tag :

Utama

Artikel Berkaitan