• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Banjir Di Setiu Bertambah Buruk

SETIU, 26 Disember -Keadaan banjir di Setiu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan kini berjumlah 1432 orang berbanding 197 orang pada jam 8 pagi Isnin.

Sehingga 12.00 pagi Selasa, sebanyak 410 keluarga terjejas ditempatkan di 30 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dan DUN Permaisuri.

Bilik Gerakan Bencana Daerah Setiu dalam satu kenyataan memaklumkan DUN Langkap paling ramai terjejas dengan seramai 881 orang mangsa daripada 264 keluarga dipindahkan ke 19 PPS yang sudah diaktifkan.

"Bagi DUN Permaisuri, 11 PPS sudah dibuka bagi menempatkan 551 mangsa daripada 146 keluarga yang terjejas akibat banjir, 'menurut kata kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, PPS Dewan Kampung Langkap menempatkan mangsa paling ramai di Setiu iaitu 150 orang daripada 51 keluarga.

Dalam pada itu, menerusi aplikasi MyPublicInfoBanjir, 3 buah sungai di Setiu berada di paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok.


Tag: