• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Bank Susu Disambut Baik Masyarakat

KUALA TERENGGANU, 4 Julai – Masyarakat menyambut baik perancangan kerajaan mewujudkan Bank Susu selari dengan keperluan semasa.

Salah seorang peserta, Nur Syazwani Jusoh, 34, berkata, seminar tersebut sangat baik terutamanya dalam memberi pendedahan dan ilmu tentang kepentingan berkaitan penyusuan untuk masyarakat awam.

"KIta sedia maklum bahawa masyarakat sekarang tiada pengetahuan berkaitan hal ini selain ada yang terlalu mengambil mudah berkaitan hukum- hakam penyusuan terutamanya apabila melibatkan keturunan ataupun hubungan kekeluargaan dengan ibu susuan," jelasnya.

Dia berkata demikian selepas perasmian Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 Bank Susu: Keperluan dan Hukum bertempat di Permata Ballroom, Hotel Permai di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Zaiton Wan Yahaya, dari Marang berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian kepada masyarakat kerana ada hukum-hakam yang perlu difahami dan diikuti.

"Bagi saya, seminar pada hari ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun berlangsung separuh hari, banyak ilmu yang dikongsikan oleh panel-panel profesional dari pelbagai bidang seperti kesihatan dan keagamaan.

"Insya-Allah, saya sangat menyokong usaha mewujudkan Bank Susu ini dan mendoakan agar perancangan ini dapat dilaksanakan dan memberi kebaikan kepada semua," katanya.

 


Tag: