• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

10 Pemain, Terengganu Tetap Mara!

KUALA NERUS, 6 Julai - Jaringan tunggal pemain tengah Terengganu Football Club (Terengganu FC), Faiz Nasir berjaya membenam Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan Piala FA Pusingan Kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di sini sebentar tadi walaupun bergelut dengan 10 pemain. 

Taktikal pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain dampak ‘menjadi’ apabila pasukan tuan rumah hampir menjaringkan gol seawal minit pertama namun digagalkan penjaga gol pelawat, Mohd Ifwat Akmal.

Tidak perlu menunggu lama, Faiz Nasir yang digelar ‘Messi Terengganu’ berjaya meletakkan Skuad Penyu di depan dengan tandukan sempurna pada minit ke-6 melalui hantaran Faisal Halim.

Penyerang lincah Malaysia, Faisal Halim hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-25 namun gagal disudahkan yang dengan baik. 

Minit ke-43, Kpah melorongkan bola kepada Faisal namun sekali lagi gagal diletakkan ke dalam jaring lawan. 

Permainan terus rancak dengan corak yang dipamerkan Terengganu FC menyebabkan Kedah FC perlu berkerja keras untuk bertahan.

Jaringan kekal hingga ke tamat separuh masa pertama. 

Permulaan babak kedua perlawanan sedikit menekan tuan rumah apabila pemain tonggak utama The Turtle, Pape Diakite dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Skuad Kenari, Wanja Ronald Ngah pada minit ke-50. 

Nafuzi terpaksa mengubah corak permainan dengan melakukan beberapa pertukaran termasuk mengeluarkan penjaring tunggal perlawanan. 

The Turtle bermain penuh disiplin dengan beberapa siri percubaan ke arah gawang gol Kedah FC walaupun tempang dengan kehilangan Shitembi. 

Kemasukan pemain gantian mengekalkan semangat juang Terengganu FC dengan melakukan percubaan namun tidak tepat ke sasaran. 

Perlawanan semakin rancak apabila serangan balas yang dilakukan Kedah FC pada minit ke-87 oleh bekas pemain The Turtle, Dechi Marcel tidak tepat. 
 

Tidak senang duduk sepanjang perlawanan, seramai 11,689 penonton membanjiri SSMZA memberi sokongan bagi kedua-dua pasukan. 

Perlawanan kekal dengan 1-0 hingga pengadil meniupkan wisel dan mengesahkan kemenangan tuan rumah. 

Kemaraan Terengganu FC ke peringkat suku akhir memberikan suntikan semangat kepada skuad Nafuzi yang sekali lagi bakal menerima kunjungan Kedah FC di saingan Liga Super pada 15 Julai nanti. 
 

 


Tag: