• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

1,000 Pelajar Ceria Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah PLUS



Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar di Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Kuala Nerus menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada PLUS Malaysia Berhad

Bantuan berjumlah RM250,000 itu  bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan pendidikan untuk anak-anak pada sesi persekolahan 2018 tidak lama lagi.


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, agihan secara tahunan bernilai RM250 kepada setiap pelajar itu berupa dua pasang baju sekolah, sepasang kasut dan stokin, alat tulis serta beg.

Katanya, sejak 2012 sehingga kini, kira-kira RM12 juta dibelanjakan PLUS bagi menjalankan pelbagai program berteraskan komuniti seperti program kembali ke sekolah, aktiviti kebajikan dan kempen keselamatan di seluruh negara.


"Saya berharap orang ramai terutama keluarga penerima manfaat sebaik mungkin di atas segala sumbangan yang diterima, " katanya.

Beliau berkata demikian pada  Program UEM Back To School di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi.

Tag: