• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

110 Kanak-kanak Batu Rakit Berkhatan Beramai-ramai

KUALA NERUS, 17 Februari - Seramai 110 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur lima hingga 13 tahun menyertai program Khatan Perdana Peringat DUN Batu Rakit 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program yang menjadi tradisi saban tahun itu mendapat sokongan menggalakkan daripada ibu bapa.

Katanya, program tersebut mendapat sambutan sangat luar biasa dengan penyertaan yang cukup ramai dan meriah.

"Baru buka penyertaan sudah ramai mula mengisi penyertaan sampai penyertaan lebih pada yang kita jangkakan.

“Bahkan kita belum pun menyebar luas maklumat kepada umum mengenai program ini, tetapi penyertaan sudah pun penuh.

“Memang tempoh waktu yang sesuai dengan cuti sekolah hujung tahun program sebegini diadakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika selepas merasmikan pada Program Khatan Perdana di Masjid Mengabang Telipot disini hari ini.

Tambah beliau, khatan beramai-ramai merupakan acara tahunan pihaknya bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.

Ujar beliau, kerjasama semua pihak bagi menjayakan program itu sangat dihargai.

“Tahniah pihak penganjur Majlis Tindakan DUN Batu Rakit dengan kerjasama dari penyediaan tempat, Masjid Mengabang Telipot dan Bomba Kuala Nerus yang menjayakan program ini dengan baik," katanya.


Tag: