• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

124 `Mahasiswa' SMKTB Diraikan Di Majlis Graduasi

Jailani menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar cemerlang SMKTB sempena majlis graduasi sekolah itu, semalam. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim 

Seramai 124 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah (SMKTB) diraikan sempena Majlis Graduasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke-16 2017, di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, semalam.
Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.
Hadir sama, Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Dato’ Mohd Sabri Alwi yang juga  Yang Dipetua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKTB serta Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jelani Sulong.
Pengetua SMK Tengku Bariah, Mohamad A.Ghani berkata,majlis berkenaan sebagai menyuntik semangat kemahasiswaan di kalangan pelajar yang bakal menempuhi SPM serta menamatkan alam persekolahan.
"Sekolah dan institusi pendidikan berperanan penting dalam menentukan hasrat dan cita-cita negara bagi merealisasikan Wawasan 2020 nanti menerusi kejayaan menghasilkan mahasiswa cemerlang.  
“Untuk itu kita perlu menghayati dan mendalami budaya kecemerlangan dengan menjadikan peningkatan dan pengurusan kualiti yang menyeluruh sebagai agenda dalam memartabatkan institusi pendidikan,”katanya.
Dalam majlis itu, SMKTB turut memberi anugerah penghargaan kepada empat pelajar terbaik percubaan SPM tahun ini, iaitu Nor Amirah Mazlan, Nur Amirah Faqihah Roslan, Nur Adriana Amirah Noor Rozaiman dan Wan Muhammad Hanif Wan Lokman.


Tag: