• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

135 Kanak-Kanak DUN Bukit Tunggal Dirai



Oleh : Safwan Syakir

Kuala Nerus, 18 Mei - Seramai 135 orang kanak-kanak dari kalangan anak yatim dan fakir miskin ceria menerima sumbangan pakaian raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, program seumpama itu diharap dapat mengukir senyuman buat anak-anak kecil yang diberi peluang memilih baju raya sendiri bagi meraikan Aidilfitri nanti.

"Inisiatif ini diambil bagi memberikan rasa keterujaan untuk menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain tanpa rasa terasing dan terpinggir," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas menyantuni anak-anak kecil memilih baju baharu sempena Program Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya 2019 DUN Bukit Tunggal di Pusat Pakaian Hari-Hari, Dataran Tembesu, baru baru ini.

Turut hadir, Pegawai Hal Ehwal Kebajikan Masyarakat i-MiTS DUN Bukit Tunggal, Wan Faudzi Wan Harun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung setempat.

Tag: