• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

14 Pasukan Berentap Rebut Piala Pusingan Futsal Bukit Guntung



Oleh : Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS - Sebanyak 14 pasukan dari lima kampung berentap merebut Piala Pusingan Futsal Tertutup Bukit Guntung sempena kejohanandi Padang Futsal Jeram, di sini, 29 September.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Hishamudin  turut hadir memeriahkan dan merasmikan majlis penutup program itu.

Beliau berkata, acara sukan seperti itudapat menyatukan semua terutamanya anak-anak muda dari pelbagai latar dan taraf kehidupan.

"Dengan program seperti inilah kita bermain dalam satu gelanggang sambil menjalinkan dan mengeratkat ukhwah.

"Menerusi budaya bersukan kita akan mendapat tubuh badan yang sihat, tapi pada masa yang sama jangan dilupakan ibadah," ujar beliau.


Kejohanan anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama Pusat Khidmat Kebajikan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pasukan yang mengambil bahagian di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Program berakhir pada jam 6 petang dengan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang turut disempurnakan oleh ustaz Hishamuddin.



Tag: