• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

160 Anak Yatim Batu Rakit Terima Sumbangan 'Duit Raya'

SETIU, 11 April- Seramai 160 anak yatim dari Dun Batu Rakit menerima sumbangan duit raya daripada Batu Rakit Care bagi sebagai persediaan menyambut lebaran pada tahun ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sumbangan disampaikan ketika majlis berbuka puasa semalam.

“Saya berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak yatim sekalian bagi meringankan beban perbelanjaan membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim Dun Batu Rakit di NR Cafe Kampung Pengkalan Maras,di sini.

Mengulas lanjut katanya, program berkenaan merupakan acara tahunan Batu Rakit Care setiap kali menyambut Ramadan yang bertujuan membantu anak-anak yatim dari keluarga kurang berkemampuan di DUN tersebut.

Tahun lalu juga, seramai 160 anak yatim terlibat dalam penerimaan sumbangan Batu Rakit Care.

 “Sumbangan yang diberikan oleh Batu Rakit Care ini amat istimewa sekali dan begitu bermakna kepada mereka yang memerlukan. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban para penerima dan keluarga bagi menyambut Syawal yang akan menjelang tiba," katanya.


Tag: