• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

2020, Tahun Mencabar Bagi DITC

KEMAMAN, 2 Januari - Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar buat Darul Iman Training Centre (DITC) akibat penularan pandemik COVID-19 berserta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan persetujuan pihak pengurusan, DITC telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pusat kuarantin untuk Zon Terengganu Selatan bagi mereka yang disyaki bergejala dengan COVID-19.

Pengerusinya, Ustaz Hazri Jusoh ketika berucap di Majlis Makan Tengahari di Dewan Makan DITC kelmarin menyatakan, banyak tempahan pelanggan terpaksa dibatalkan.

Ustaz Hazri Jusoh sedang berucap.

"Kita terpaksa membatalkan tempahan yang telah diterima bermula pada bulan April sehingga Ogos dan Oktober hingga Disember 2020 disebabkan perkara ini.

"Ini bermakna DITC telah kehilangan pendapatannya kira-kira RM1.13 juta dalam tempoh tersebut.

Kakitangan DITC.

"Tapi dalam masa yang sama kita juga berasa bangga kerana dapat membantu kerajaan dalam menyediakan prasarana untuk membantu para petugas barisan hadapan dalam membendung virus ini," ujarnya.

Beliau yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal memberitahu, ramai pekerja dan syarikat daripada sektor swasta telah dibuang kerja bagi mengawal aliran keluar kewangan mereka akibat penularan virus ini.

"Ramai di kalangan sahabat kita di luar sana telah diberhentikan kerja kerana majikannya tidak lagi mampu menanggung overhead cost akibat kelembapan ekonomi.

Kakitangan DITC.

"Elaun dan kerja lebih masa mereka terpaksa dipotong dan diatur oleh syarikat kecil dan sederhana bagi meneruskan operasinya," katanya.

Pada masa yang sama, Hazri turut mengumumkan imbuhan saguhati sebanyak RM300 kepada semua kakitangannya sebagai tanda terima kasih di atas komitmen dan kesabaran mereka dalam menempuh situasi yang sukar itu.

Saguhati dari pihak pengurusan DITC.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Chief Executive Officer DITC, Suhaimi Embong dan semua pegawai dan kakitangan bagi meraikan majlis akhir tahunnya dengan penuh kesederhanaan.


Tag: