• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

28 Pasukan Berentap Rebut Piala Purnama


Oleh: Ahmad Mawardi

KUALA TERENGGANU - Sejumlah 28 pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama YB ADUN Manir yang bermula kelmarin dan berakhir petang tadi.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Manir,  Yusof Embong berkata  dia berharap pertandingan itu  dapat mengeratkan hubungan antara pemuda.

Katanya, silaturahim kalangan peserta bukan sahaja ketika perlawanan, bahkan ianya diharapkan lebih erat di luar selepas perlawanan ini.

"Di dalam sesuatu perlawanan ada peraturan yang dikawal oleh pengadil, begitu juga dalam kehidupan pun ada peraturan yang dikawal oleh al-Quran dan al-Hadis.

"Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada panitia kejohanan, pasukan pengadil, pengurus pasukan, pemain- pemain dan semua yang terlibat memeriahkan kejohanan ini," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama YB Manir anjuran Pemuda PAS DUN Manir di padang bola kampung Padang Machang (29 September 2018).

Kehadiran beliau mengantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Dato' Harun yang ke luar negara dalam urusan kerja.

Kejohanan Piala Purnama merupakan acara tahunan sehingga sekarang.

Dalam perlawanan tersebut pasukan Tualang Pewaris johan 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Pasukan Pasir Tembakang Fc juga penutup tirai Kejohanan Bola Sepak Piala Purnama YB Manir.


Tag: