• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

2926 Pelajar Batu Rakit Terima Bantuan Sekolah

SETIU, 26 NOVEMBER : Seramai lebih 2926 pelajar menerima manfaat daripada Program Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Ia merupakan bantuan sesi awal persekolahan yang disampaikan di Dewan Serbaguna Kampung Wakaf Catur, Batu Rakit, baru-baru ini. 

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan (DUN)  Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program berkenaan mensasarkan pelajar miskin termasuk daripada kategori B40 di seluruh Batu Rakit yang bertujuan membantu mengurangkan beban ibu bapa. 

“Antara objektif lain termasuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar bagi mengikuti sesi persekolahan. Dalam pada itu, kerajaan turut berusaha membantu golongan pelajar yang terkesan akibat pandemik COVID-19, "ujarnya. 

" Menerusi insiatif itu,  antara sumbangan yang disampaikan ialah wang tunai RM100 kepada setiap penerima, "katanya. 


Sementara itu, Wakil penerima, Wan Nurqaaratu Aina Nasheera Wan Mohd Shah Rizal, 20 berkata, dia yang mewakili adiknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu serta Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit di atas sumbangan yang diberikan itu.

"Semoga sumbangan ini memberi kesenangan dan kebaikan pada sesi persekolahan akan datang," katanya ketika ditemubual.  

Dalam pada itu, Wan Nurqaaratu Aina Nasheera berharap bantuan itu dapat mengurangkan bebanan di kala pandemic Covid-19 yang masih belum reda. 

"Walaupun sekolah masih bercuti tapi kecaknaan kita akan berterusan," katanya dalam majlis tersebut.


Tag: