• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

30 Julai Cuti Am Tambahan Sempena Hari Pertabalan Agong

Foto ihsan - Bernama



KUALA LUMPUR, 29 Jun - Kerajaan mengumumkan hari Selasa, 30 Julai 2019 sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Instagram peribadinya, semalam.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,” kata Ismail dalam kenyataan itu.

Katanya lagi, perkara ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing,” tambah beliau.


Tag: