• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

33 ADUN Terengganu Dibekal Komputer Riba

Haji Yahaya dan isteri di Kaunti Radio Manisfm hari ini.


KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri menyediakan 33 komputer riba kepada setiap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Terengganu bagi kemudahan mengakses maklumat dengan cekap dan cepat.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali berkata, setiap ADUN dibekalkan peralatan tersebut supaya disambungkan kepada kemudahan wifi berkelajuan tinggi di Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh DJ Stesen Radio Manisfm di sini hari ini sempena Persidangan Pembukaan Penggal Kedua DUN Ke-14, mulai 1 hingga 4 April ini.

Turut hadir isteri beliau, Hajah Zaroni Othman.

ADUN Terengganu berjumlah 33 orang termasuk seorang ADUN Wanita yang dilantik dalam persidangan DUN tersebut baru-baru ini.

Haji Yahaya berkata, kerajaan negeri berhasrat supaya perkara asas dalam pengurusan perjalanan sidang dewan tersebut disalurkan secara dalam talian.

"Dalam sistem digital DUN, kita mahu perkara-perkara asas dalam pengurusan perjalanan sidang dewan akan disalurkan secara dalam talian.

"Jadi, ini akan memudahkan setiap ADUN akses maklumat, apabila mereka bercakap mereka merujuk kepada komputer riba yang dibekalkan segala maklumat berkenaan," jelasnya.

Katanya, ia juga bertujuan mengurangkan penggunaan kertas dalam urusan persidangan dewan tersebut.



Tag: