• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

35 Orang Anak Yatim Dun Ajil Dirai


Oleh : Khairuddin Yusoff

HULU TERENGGANU, 27 Mei - Seramai 35 orang anak yatim menerima sumbangan wang tunai daripada pemilik Warung Amilin dalam satu  majlis berbuka puasa bersama keluarga dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan (MTD) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.

ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, sumbangan ini menunjukkan satu komitmen dan kerjasama yang padu daripada anggota masyarakat untuk sama- sama menjaga kebajikan anak- anak yatim.

“Pertama sekali kita mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada penganjur iaitu Warung Amilin bekerjasama dengan MTD untuk meraikan anak- anak  yatim bersama keluarga dan pimpinan kita.

“Usaha ini  menunjukkan satu komitmen yang sangat bagus daripada masyarakat untuk bersama- sama memikul tanggungjawab mengambil bahagian dalam menjaga kebajikan mereka,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah MTD DUN Ajil berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Iftar dan Sumbangan kepada anak- anak yatim bertempat di Warung Amilin, Ajil Trade Centre (ATC), petang semalam.



Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Ahli Jawatankuasa Harian MTD,  Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) Ajil serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat.

Menurutnya lagi, program ini juga memberi keceriaan dan sinar kepada mereka bagi menyambut lebaran tidak lama lagi.

“Semoga dengan program sebegini  anak- anak yatim ini berasa dipedulikan, dihargai dan memberi semangat kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri nanti,”ujarnya.


Tag: