• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

350 Pek Nasi Arab Hargai Pekerja Kebersihan

Oleh : Siti Mariam Jusoh 

KUALA NERUS, 14 Mei - Persatuan Kebajikan Prihatin Mardhiah Seberang Takir (PRIMAS) telah mengedarkan 350 pek nasi Arab sebagai menghargai pengorbanan pekerja kebersihan. 

Sambil menyifatkan mereka sebagai 'pahlawan', penasihatnya, Jamaliah Abdullah berkata tanpa mereka pastilah Negeri Terengganu dalam keadaan kotor dipenuhi sampah sarap. 

"Kita berkongsi rezeki dengan mereka yang bertugas di DUN Seberang Takir bermula dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sehingga ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu," katanya. 

Program itu turut disertai isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Nik Aini Nik Soh .

Lokasi pembahagian dipecahkan kepada empat kumpulan mengikut zon-zon dengan 20 orang sukarelawan PRIMAS.

"Di samping itu  kek  turut dihadiahkan kepada ketua-ketua unit petugas pembersihan. 

"Selain itu, pek yang juga disertakan air mineral diagihkan juga kepada  pengawal keselamatan  dan 'cleaner' di sekolah -sekolah  dan juga masjid-masjid," jelasnya. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap program seumpama itu dapat diadakan lagi. 

"Insya-Allah kita akan jadikan program tahunan, kita telah bermula pada tahun lepas, 

"Alhamdulillah sambutan dari penyumbang amat mnggalakkan, sehingga kami dapat menambah bilangan pek pada tahun ini dan dapat mengagihkannya kepada lebih  ramai penerima," jelasnya.


Tag: