lightning-solid
Berita :
49 Murid SRIDI Ajil Dirai Dalam Majlis Haflu Takrim
49 Murid SRIDI Ajil Dirai Dalam Majlis Haflu Takrim
Muhammad Aqil Mat Ali
09 Dec 25
74

HULU TERENGGANU , 11 Disember — Seramai 49 murid Tahun 6 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRIDI) Ajil telah diraikan dalam Majlis Haflu Takrim Al-Mutafawwiqin yang diadakan bagi mengiktiraf pencapaian mereka sepanjang sesi persekolahan.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, berkata penganjuran majlis tersebut merupakan penghargaan terhadap komitmen dan usaha gigih murid sejak tujuh tahun berada di bangku sekolah, selain menzahirkan peranan penting warga pendidik dan sokongan ibu bapa.

Menurut beliau, kecemerlangan murid perlu dinilai secara menyeluruh meliputi aspek akademik, sahsiah dan disiplin yang dibentuk melalui bimbingan berterusan.

“Komitmen guru dan sokongan ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan. Kita mahu anak-anak ini membesar dengan adab dan akhlak yang baik di samping mengekalkan kecemerlangan akademik.

“Saya berharap mereka meneruskan momentum ini dan menjadi generasi yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Rosol turut menambah bahawa kecemerlangan yang dicapai hari ini seharusnya menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid untuk menghadapi cabaran di peringkat sekolah menengah.

Majlis tersebut turut memberi pengiktirafan kepada murid cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah selaras dengan objektif program untuk meningkatkan motivasi serta galakan kepada murid.



Tag :

Artikel Berkaitan