• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

5,000 Meriahkan Rumah Terbuka DUN Chukai


Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN,19 Jun - Hampir 5,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di Pekarangan Bangunan Tabung Haji Chukai baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, majlis jamuan aidilfitri terbuka itu telah menjadi rutin tahunan.

Katanya, pelbagai agensi yang hadir ke majlis yang bermula jam 10 pagi itu.

“Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti lemang, rendang, tapai, nasi minyak, gulai daging, ayam golek, sate, ais krim, dan pelbagai aneka kuih raya.

“Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah turut disediakan duit raya,” ujarnya.

Hanafiah berkata, majlis tersebut juga dimeriahkan dengan photo booth "Raya 2019 Snap Contest" bagi peserta yang mendapatk ‘like’ paling banyak akan dikira sebagai pemenang.




Tag: