• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

60 Penjawat Awam Terima APC - MB Terengganu

APC iktiraf usaha penjawat awam.
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Seramai 60 orang penjawat awam daripada pelbagai gred perjawatan terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2019.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu, serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dr. Samsuri sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada para penjawat yang menerima anugerah tersebut.

Dr. Samsuri menyampaikan anugerah kepada Tengku Seri Bijaya Raja Timbalan SUK (Pengurusan), sambil diperhatikan Dato' Bentara Dalam SUK.
"APC yang diberikan hari ini sebagai dorongan dan pengiktirafan atas kerja mereka selama ini serta sebagai motivasi kepada yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja masing-masing.

"Kita mahu supaya perkhidmatan di negeri ini menjadi yang terbaik dalam Malaysia," katanya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan.

Dalam majlis tersebut, kumpulan penerima yang terdiri daripada 42 lelaki dan 18 wanita itu masing-masing menerima sijil dan plak penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000 dan pakej haji bagi yang belum menunaikannya atau umrah bagi penerima yang telah bergelar Haji.

Tag: