• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

75 Pelajar PASTI Besut Dapat Baju Raya




Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 1 Jun - Seramai 75 orang pelajar miskin dan anak yatim Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut mendapat sumbangan pakaian raya percuma untuk meringankan beban ibu bapa pelajar bagi menyambut hari raya yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran  Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh.

Mohd Nurkhuzaini berkata program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang supaya mereka yang kurang berkemampuan akan terus dibantu dan diberi perhatian yang sewajarnya.

"Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun ianya cukup bermakna bagi pelajar-pelajar miskin dan anak yatim", ujar beliau.



Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas Program Beli Baju Raya bagi Pelajar Miskin dan Anak Yatim PASTI Kawasan Besut  di Zon Ria Kuala Besut, semalam.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah PASTI Kawasan Besut, Syamri Razak.

Pelajar-pelajar PASTI turut menerima sumbangan duit raya daripada Mohd Nurkhuzaini dan Azbi bagi menambahkan keceriaan berganda buat mereka.



Tag: