• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

89 Produk Sempena MPI Diiktiraf



Mohd Khairul mengondol hadiah utama. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Sebanyak 89 produk daripada 311 penyertaan yang diterima sempena Minggu Penyelidikan dan Inovasi  (MPI)) 2018 yang berakhir semalam dianugerahkan pelbagai pingat atas pencapaian penyelidikan dan inovasi yang dilakukan.

Daripada jumlah itu enam dianugerahkan untuk kategori sekolah, manakala 77 pingat emas diberikan kepada peserta daripada pelbagai university awam.

Sementara itu enam lagi adalah kategori anugerah khas atas pencapaian penyelidikan dan inovasi yang amat membanggakan sepanjang MPI’ 18 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 April lalu.

MPI’ 18 adalah anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan (RMIC) UniSZA yang berkolaborasi bersama tiga universiti awam iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan   Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang diadakan  diadakan di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak , Kuala Nerus.

Sebanyak 9 kluster pertandingan yang dibahagikan mengikut kluster iaitu  Kluster A : Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui, Kluster B: Pertanian & Akuakultur ,Kluster C: Reka Bentuk Perindustrian, Kejuruteraan Bangunan & Senibina, Kluster D: Pengurusan Bencana.

Sementara itu Kluster E: Pendidikan, Pembangunan Masyarakat & Inovasi Sosial,Kluster F: Kesihatan, Perubatan, Farmasi, Makanan & Tambahan, Kluster G: Era Digital, Analisis Data & Revolusi Automatik, Kluster H: Teknologi Pembuatan, Pemprosesan & Mekanisasi Makanan danKluster I: Teknologi Automobile, Aeroneutical & Maritime.

Dalam kategori hadiah anugerah khas itu UniSZA mengungguli dua kategori iaitu hadiah utama melalui produk `Elektromagnetic Radiation Phone Cover’ yang dihasilkan bersama Dr Mohd Khairul Amri Kamarudin, Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee, Roslan Umar, Prof, Madya Dr Hafizan Juahir, Siti Nur Dianah Abdul Rahman dan Nur Hazmin Subri.

Manakala  hadiah khas yang turut dimenangi oleh UniSZA ialah melalui produk `MyPlant DIY (Malaysian Plant Diagnoese it Yourself) App.

Sekolah Menengah Seri Nilam, Kuala Terengganu turut menerima anugerah khas melalui produk `Kit Mudah Alih Info Kerjaya’

Sementara itu 77 penerima pingat emas melalui penyelidikan dan inovasi  ialah UniSZA memperolehi 35 pingat emas, diikuti UMT 30 pingat emas, manakala yang lain ialah TATIUC, Universiti Putra Malaysia dan sekolah.

Semua hadiah disampailah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latif Awang yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.



Tag: