• 22 Jan 2022 | 18 Jamadil Akhir 1443

ADUN Rantau Abang Rai Hari Jururawat


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 21 Mei - Profesion  jururawat yang terpaksa bekerja melebihi waktu pejabat dan ada masanya terpaksa mengenepikan emosi sendiri demi nyawa masyarakat tanpa penat dan lelah sememangnya pekerjaan yang mulia.

Menyedari pelbagai kepayahan berkhidmat di kampung-kampung dengan peralatan asas, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun meneruskan rutin tahunan berkunjung ke klinik-klinik desa setiap kali Hari Jururawat.

" Dari segi tanggungjawab kerja, mungkin dengan peralatan asas, tetapi mereka dapat juga memberi rawatan kepada masyarakat setempat, sebagai rawatan awal sebelum mendapat tindakan susulan di hospital.

"Maknanya orang kampung kalau berlaku apa-apa berkaitan dengan rawatan ibu dan anak, mereka boleh dapat khidmat daripada klinik-klinik sekitar kampung tempat tinggal(mereka), ini secara tidak langsung , menjimatkan masa dan wang," jelasnya.

Alias yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan ke enam buah klinik desa di DUN Rantau Abang di samping menyampaikan kek sebagai simbolik penghargaan.

Tambahnya lagi, jururawat-jururawat juga diharap bersabar dengan tugasan-tugasan yang mana mungkin sesetengahnya tinggal jauh dari tempat kerja  terpaksa berulang.

" Kecuali kalau klinik-klinik berada di pinggir bandar, yang berada di luar bandar, kalau yang tiada tempat tinggal, sudah tentu berulang,"ujarnya.

Tag: