• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

ADUN Tepoh Perkenal Segmen 'Guane Gamok'

KUALA NERUS, 8 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh memperkenalkan satu bicara khas mengenai politik Terengganu iaitu Segmen Guane Gamok yang bakal bersiaran pada setiap hari Selasa,

Hishamuddin Abdul Karim berkata, siaran langsung itu akan dipancarkan di laman Facebook beliau bermula jam 10 malam/

"Segmen Politik ini dimulakan dengan memperkenalkan kuih tradisi Terengganu sebelum menjengah perbicaraan politik semasa.

"Siaran secara langsung ini membuka ruang pendengar untuk turut sama berinteraksi bersama panel dan melontarkan pandangan atau kritikan. Kelmarin, segmen ini membicarakan tajuk 'Kuih Nganang : PAS Sebelum & Selepas Menang," katanya kepada UPDI.

Mengulas mengenai tajuk yang dijenamakan dengan nama kuih, Hishamuddin menjelaskan ia satu lontaran idea daripada kakitangan beliau agar tajuk perbincangan selepas itu tidak diheret keluar ke tajuk yang lain.

"Seperti halnya dengan kuih yang dipilih. Jika kuih ‘nganang’ tidak perlulah dibawa masuk kuih ‘nekbat’, rojak katih dan seumpamanya.

“Segmen ini sebenarnya merupakan agenda pendidikan politik buat semua lapisan masyarakat dengan memperhalusi sistem pentadbiran kerajaan dan ruang keupayaan untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

"Dalam masa yang sama, ia usaha untuk memperkenalkan usaha PAS dalam mencorakkan pemerintahan yang lebih baik”, jelas Adun Tepoh

Terdahulu, Segmen Guane Gamok ini diperkenalkan dengan perbincangan Sajok Loghat Tranung bersama panelis Saudara Bekok Cobbong.

Kedua-duanyanya saling mendeklamasikan sajak loghat Tranung dalam siri pertama.


Tag: