• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Agihan Bubur Lambuk DUN Kuala Besut Dekati Masyarakat


Oleh: Saifullah Jusoh 

BESUT, 21 Mei - Setiap kali bulan Ramadan, terdapat banyak masjid atau agensi yang bergotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam.

Di samping mencari keredaan Ilahi, ianya dapat mengeratkan silaturahim dan menghulurkan bantuan makanan kepada yang memerlukan terutama golongan kurang berkemampuan.

Bagi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, pembahagian bubur lambuk merupakan satu  khidmat kepada masyarakat  bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

"Walaupun tidak banyak, namun ia sudah cukup menggembirakan penduduk di sini.

"InsyaAllah, program agihan bubur lambuk akan diteruskan lagi bagi menyambut kepulangan perantau menyambut hari raya nanti," katanya.


Turut hadir dalam program itu, Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman.



Tag: