• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Ahli Parlimen Terengganu Edar 300 Bekalan Sahur Kepada Agensi Kerajaan


Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 3 Jun - Sebanyak tujuh buah agensi kerajaan menerima pek bekalan sahur sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bersama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, kelmarin.

Antara agensi terlibat ialah Balai Polis Chendering, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu, Balai Bomba Pasar Kedai Payang, Balai Bomba Hiliran dan Balai Polis Chabang Tiga dengan jumlah keseluruhan 300 bekalan sahur yang diedarkan.

Selaku pengarah program, Ahmad Amzad menjelaskan program ini merupakan program tahunan yang sentiasa dilaksanakan semenjak beberapa tahun lalu tanda meraikan petugas-petugas (agensi-agensi kerajaan) yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk masyarakat.


“Diantara mereka ini, ada yang tidak sempat sahur atas tugas-tugas kecemasan. Jadi, ini satu inisiatif untuk memudahkan dan membantu para petugas,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semasa program ini berlangsung, semalam.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Ladang, Ubaidah Tengah dan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Asyraf Ali.



Tag: