• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Akal Sihat, Badan Cergas


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 25 Oktober - Akal yang sihat datangnya daripada badan yang sihat dan cergas.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh merasa sangat gembira melihat anak muda mahupun yang tua dapat bersama-sama menjayakan kejohanan badminton ini.

“Dengan ini, secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara orang tua dan orang muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Huru Hara di Dewan Sivik Kampung Bharu, Besut, semalam.

"Bersukan sangat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita dan mengelakkan daripada penyakit yang berbahaya.

"Justeru, saya menyeru kepada semua supaya bersukanlah agar badan mengeluarkan peluh bagi memastikan segala benda kotor dalam badan kita dapat dibuang", ujarnya.



Tag: