lightning-solid
Berita :
Awang Nelang, Mek Ara Terima Sijil MyIPO
Awang Nelang, Mek Ara Terima Sijil MyIPO
Noraini Jusoh
09 Nov 25
271

KUALA TERENGGANU, 9 November – Jabatah Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT)  telah berjaya mendaftarkan dua maskot pelancongan iaitu penyu jantan dan betina diberi nama Awang Nelang dan Mek Ara sebagai harta intelek dan hak cipta jabatan itu.

Pengarah JPNT, Hilman Hajijan berkata, pengiktirafan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dan JPNT dalam melindungi identiti dan jenama pelancongan Terengganu.

“Pemilikan sijil MyIPO ini mampu mengelakkan sebarang aktiviti ciplak atau salah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, selain memastikan maskot rasmi pelancongan negeri terus terpelihara.

"Jadi setelah dipatenkan, ia lebih terjamin dan selamat serta tidak boleh ditiru oleh mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, sijil tersebut telah diserahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Sh. Arifin Sh. Mohd Noor kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Nara Setia sambil disaksikan Hilman dalam satu Kunjungan Hormat Delegasi MyIPO ke Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Menurut beliau, maskot Awang Nelang dan Mek Ara diwujudkan sebagai simbol keunikan serta daya tarikan pelancongan Terengganu, yang terkenal dengan spesies penyu dan keindahan pantainya.



Artikel Berkaitan