• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Awasi Anak Ketika Banjir

DUNGUN, 2 Mac- Ibu bapa dinasihati agar mengawasi anak-anak mereka daripada bermain air banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam mengawasi anak-anak mereka.

"Kawal setiap pergerakan anak-anak elakkan anak-anak bermain air," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Terdahulu Alias berkata, limpahan air sungai dari hulu dan air pasang besar adalah penyebab berlakunya banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.

Menurut beliau, keadaan banjir di Kampung Wa dan Padang Pulut sudah semakin surut dan sekarang air mula menurun ke hilir.

"Yang kritikal sekarang ialah Kampung Binjai Che Lijah dan kita mengharapkan tidak berlakunya hujan di sebelah hulu sana," ujarnya.

Sementara itu, menurut Bilik Gerakan Banjir disini, sebanyak 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan 1298 orang  mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri Rantau Abang.


Tag: