• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Bajet 2018: Kelas Maya Dinaiktaraf Kepada i-Kelas




Kelas maya dan penggunaan e-Book  yang diperkenalkan kerajaan negeri di sekolah rendah sebelum ini dinaiktaraf kepada i-Kelas  agar bersesuaian dengan perubahan sistem pendidikan di negera ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek perintis itu kini diguna pakai 17 sekolah di seluruh Terengganu yang diselia dan dipantau Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Top IT melalui laman sesawang khas.

Katanya, keberkesanan program i-Kelas dapat dibuktikan dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman apabila  berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Digital Story Telling dan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.

“Kelas maya yang dijalankan sebelum ini hanya menumpukan pembelajaran maya secara statik di dalam kelas dibantu peralatan mengajar, guru dan komputer.

“Manakala i-Kelas lebih menumpukan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT, tidak bergantung kepada kesediaan internet di sekolah, proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar dan audio,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ariffin Deraman (BN-Alur Limbat) pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

A Latif turut memberitahu,  peralatan yang diguna pakai bagi mengendalikan i-Kelas, termasuk projektor interaktif, komputer guru, tablet murid, akses wifi dan bahan pembelaran digital.

“’Pengunaan i-Kelas  akan melahirkan modal insan mempunyai kemahiran kolaboratif, komunikasi, pembinaan ilmu penggunaan ICT terkini, inovasi, menyelesai masalah dan tapis kendiri,” katanya.

Tag: