• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

BBBR Rai 56 Anak Yatim Dan Warga Istimewa Berbuka Puasa

Rajemah (berdiri tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian dari anak yatim di majlis berbuka puasa di Batu Burok Beach Resort.
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Batu Burok Beach Resort (BBBR) meneruskan tradisi mengadakan majlis iftar bersama anak yatim buat kali ke-12 dalam usaha memenuhi salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak mereka.

Pengarah Urusannya, Rajemah Sheikh Ahmad berkata, pihaknya sangat komited untuk mengadakan program CSR sebegini kerana ia secara tidak langsung  memberi kegembiraan kepada insan terpilih ini.

Katanya, jika sebelum ini mereka tidak mewar-warkan program CSR ini, namun kali ini pihaknya merasakan sambutan berbuka puasa lebih meriah dengan kehadiran anak-anak yatim serta warga istimewa.

"Program iftar ini diadakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan sekali gus merapatkan lagi hubungan antara resort dengan masyarakat setempat.

“Kita mahu meraikan mereka dengan istimewa, kegembiraan yang kita ada ini perlu dikongsi bersama, terutamanya buat mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis berbuka puasa bersama warga istimewa anjuran pengurusan Batu Burok Beach Resort & Warong Pak Maidin, di sini semalam.


Seramai 56 anak yatim dan warga istimewa dari Asrama Perkaya, Marang dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Bukit Payung diraikan dalam majlis kali ini dengan penuh kemeriahan.

Tambahnya lagi, program yang dilaksanakan sejak 2007 ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Tag: