• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Berkat Sahur : ADUN Air Putih Santuni 112 Penduduk


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 26 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Haji Ab Razak Ibrahim bersama 18 petugas Program Berkat Sahur, menyantuni kira-kira 112 orang warga petugas syif malam dan keluarga berpendapatan rendah di tiga buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, baru-baru ini.

Beliau yang ditemui di program berkenaan berkata, operasi yang bermula jam 3 hingga 4.30 pagi itu melibatkan Kampung Batu 4, Binjai dan Taman Sri Jaya di Zon A dan petugas-petugas yang mengendalikan program itu adalah dari 15 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) zon berkenaan.

Katanya, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.

Mereka dijamu dengan nasi minyak lauk ayam untuk menikmati sahur di bulan Ramadan yang mulia ini.


Tag: