• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Bilangan Mangsa Banjir Terengganu Kekal 137 Orang

KUALA TERENGGANU, 3 Januari- Bilangan mangsa banjir gelombang ketiga di Terengganu dilaporkan masih kekal seramai 137 orang setakat jam 10 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Dungun bagi menempatkan 42 keluarga yang terjejas banjir.

“Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor pula mempunyai 20 keluarga melibatkan 68 mangsa.

“Keadaan cuaca sekarang adalah mendung, berangin dan hujan renyai di satu atau dua tempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada, buruk serta bahaya hampir di seluruh negeri pagi ini.
 


Tag: