• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Briged Muslimat Terengganu Teruja Lancarkan HEBAT

Ainun Solehah Muhamad Salim (kedua dari kini) dan Wan Nur Sakinah (ketiga dari kiri)

KUALA TERENGGANU, 24 Februari- Briged Muslimat Terengganu teruja apabila berpeluang menjadi antara penggerak yang membantu melancarkan program Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT) di Stadium Negeri, di sini, selama dua hari yang berakhir malam tadi.

Ketua Briged kawasan Kuala Nerus, Ainun Solehah Muhamad Salim berkata, unit tersebut membantu menjaga keselamatan, perubatan serta melancarkan tugas urusetia sepanjamg HEBAT itu.

"Seramai 36 orang petugas yang bertugas terdiri daripada kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

"Antara tugasannya adalah menjaga keselamatan org awam, bahagian medik dan membantu urusetia untuk majlis berjalan lancar," jelasnya ketika ditemui di Stadium Negeri, semalam.

Ainun berkata, Briged Muslimat mendapat kerjasama yang baik di antara pengunjung dan peserta dalam setiap pertandingan sepanjang program tersebut.


"Program ini sangat bagus dalam memperkenalkan sukan dan menarik belia dan beliawanis dengan hiburan yang mematuhi syariat," ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap belia dan beliawanis juga mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek seperti keselamatan diri dan mempunyai asas dalam bantuan kecemasan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Unit Sukarelawan Beliawanis, Wan Nur Sakinah Din pula memberitahu, tugas sukarelawan adalah membantu semua unit agar berjalan dengan lancar.

"Tugas sukarelawan untuk program HEBAT ini dia membantu dalam semua unit  dan tugas-tugas khas termasuk jaga kebersihan, 'runner' program dan yang lain diserap ke persiapan tempat, hadiah dan semua unit setakat ini.

"Semua sukarelawan (yang) memang bertugas 30 orang sepanjang dua hari, muslimin 30 orang dan muslimat 30 orang," katanya.


Tag: