• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Bulan Ramadan Bukan Penghalang Untuk Bersukan

HULU TERENGGANU, 2 Mei - Puasa bukan menjadi halangan untuk bersukan, itu yang dibuktikan Pemuda Kampung Binjai Manis, Manir apabila menganjurkan Kejohanan Futsal Sahur di Gelanggang Futsal Pulau Bahagia, semalam.

12 pasukan yang bertanding untuk memeriahkan kejohanan julung kali dianjurkan itu sekali gus membukti Ramadan tidak menjadi penghalang kepada masyarakat untuk beriadah dan bersukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, kejohanan itu sebagai galakan kepada semua peserta supaya tetap aktif bersukan biarpun pada siang hari berpuasa.

“Pada bulan puasa, selain diisi dengan aktiviti keagamaan, aktiviti kesukanan sebegini dilihat dapat mengimbangi cara hidup orang muda dan belia yang sihat dikalangan kita,"ujarnya yang turut menyempurnakan beberapa acara cabutan bertuah.

 

Kejohanan itu dimenangi kumpulan JDT apabila menewaskan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir dan pada jam 4 pagi sebelum semua peserta bersahur selepas majlis penyampaian hadiah.
 


Tag: