• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Cabaran Bola Sepak Piala YAB ADUN Ru Rendang 2019 Bermula - MB Terengganu

Foto oleh - Media MB
MARANG, 5 April - Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang 2019 secara rasminya bermula semalam.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir merasmikan pertandingan itu berkata, aktiviti sukan di daerah Marang akan terus dipergiatkan bagi membolehkan anak muda menunjukkan bakat masing-masing.

Beliau yang juga ADUN Ru Rendang berkata, bagi melengkapkan misi tersebut, pembangunan insfrastruktur dan perkembangan sukan dalam daerah itu terus dipertingkatkan.

"Komitmen kita adalah kita akan merancakkan aktiviti bola dan sukan-sukan lain, supaya daerah Marang ini tidak ketinggalan dan terus maju dari segi sukan.

"Untuk tahun 2019 ini, insya-Allah kita akan memulakan proses untuk memperoleh kompleks sukan di daerah Marang ini," tambah beliau.

Memberi komitmen untuk merancakkan industri sukan Marang.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, semalam.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.

Dalam perlawananan pembukaan yang berlangsung semalam, Rusila FC berjaya membenam cabaran pasukan Kelulut FC dengan jaringan 2-1.

Jaringan mata daripada Muhammad Hafizan Talib seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti memberi kelegaan buat pasukan Rusila FC.


Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila Mohamad Khairul Nizam Abdul Wahab berjaya menyamakan kedudukan bagi merancakkan lagi perlawanan.

Kedudukan 1-1 itu kekal hingga minit ke-30 sebelum Mohd Ismail Mamat menjaringkan gol kemenangan buat Rusila FC untuk mengenepikan saingan pasukan Kelulut FC.

Kejohanan itu menyaksikan sebanyak 23 buah pasukan dari seluruh DUN Ru Rendang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.





Tag: