• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Cacat Tidak Halang Wahida Juarai Wheelchair Race


Oleh: Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS, 17 April - Kecacatan tubuh badan tidak menjadi penghalang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Nur Amirka Wahida Azhar, 13, menjuari acara wheelchair race Pertandingan Tepoh Sport Challenge (TSC), di Tok Jiring, di sini, baru-baru ini.

Wahida antara lima peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyertai program anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim turut berkerusi roda bagi menyelami kesusahan golongan itu.

Wahida berkata, dia  teruja kerana dijemput untuk bersama-sama peserta lain menyertai program yang julung kali diadakan itu.

“Walaupun diri saya tidak sempurna seperti insan lain, saya tetap bersemangat menyertainya dan alhamdulillah dengan kekuatan yang ada saya berjaya menjuarai kategori wheelchair race," ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program itu.

Tambahnya, apa yang dilalui itu menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti sukan lain.




Tag: