• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Dakwaan Adun Hulu Besut Tak Betul

KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut yang mengatakan kerajaan Terengganu di bawah PAS tidak membina sebarang masjid di Besut dalam tempoh empat tahun adalah tidak betul.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, Nawi Mohamad perlu membuat ‘kerja rumah’ dahulu sebelum membuka mulut.

“Wakil Hulu Besut bangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri, dalam masa empat tahun tak ada sebuah pun masjid yang dibina di Besut. Kerajaan Islam apa macam ini.

“Sebenarnya ada, buat ‘homework’ sikit sebelum berucap YB. 

“Masjid Kampung Bukit Tanah Besut mula dibina tahun 2021 dengan dana Kerajaan Negeri RM3.6 juta dan kini telah siap sekitar 70 peratus,” tegasnya.
 


Tag: