• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Demam Babi Afrika Dikesan di Kemaman

KUALA TERENGGANU, 7 Julai - 91 ekor babi liar yang ditemui mati di kawasan hutan Air Putih telah dikesan dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF).

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr Anun Man berkata jangkitan berkenaan dikesan setelah pihaknya mengambil sampel daripada bangkai haiwan terbabit pada 21 dan 22 Jun.

"Keputusannya telah diketahui pada 27 Jun lalu yang menunjukkan kesemua haiwan itu dijangkiti ASF, setakat ini sebanyak 91 ekor babi liar dikesan mati sehingga 30 jun lalu," ujarnynya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kesemua bangkai haiwan terbabit telah ditanam mengikut prosedur bagi memastikan ia tidak merebak serta kawasan tersebut telah dinyahkuman.

Jelasnya lagi, JPV Terengganu bersama Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kini membuat pemantauan dan mengambil sampel pada jarak 10 kilometer dari lokasi penyakit itu dikesan bagi memastikan tidak berlaku sebarang penularan ke kawasan lain.

"Kita sedang berusaha untuk meluaskan lagi kawasan bagi mengambil sampel termasuk ke daerah-daerah lain di Terengganu bagi memastikan penyakit ini dapat dibendung dan tidak merebak,"katanya.

 


Tag: