• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Dr Sam Sumbang RM 50,000 Anugerah Kecemerlangan Pelajar UKM

PUTRAJAYA, 30 Ogos - Menteri Besar Terengganu menyumbang sebanyak RM 50,000 kepada Pusat Alumni Universiti Kebangsaan (UKM) untuk anugerah kecemerlangan pelajar Universiti tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sumbangan yang diberikan itu merupakan sumbangan peribadi daripada seorang bekas alumni.

“Perlu bagi saya untuk menyumbangkan sesuatu buat pembentukan anak-anak pelajar hari ini kerana ikatan saya sebagai bekas pelajar UKM.

“Saya pernah menjadi tenaga pengajar di sesebuah universiti dan tahu akan suasana dan cabaran dalam mendidik pelajar-pelajar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Untuk Anugerah Kecemerlangan Pelajar UKM bertempat di Gallery 4, Le Meridien, Putrajaya, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.

Tambah Dr Samsuri, cabaran pembelajaran setiap generasi berbeza serta berubah mengikut peredaran zaman meliputi segalanya bagi membentuk meraka yang berjaya.

"Suasana dan hubungan kita di peringkat universiti sangat penting dalam menentukan siapa kita sekarang.

"Namun begitu, setiap alumni memiliki cara yang berbeza untuk menyumbang kepada Pusat Alumni untuk pembangunan pelajar melalui kewangan,nasihat dan sebagainya," katanya.

 


Tag: